MASALAH DISIPLIN PELAJAR
Isu pelajar bermasalah disiplin
bukanlah isu yang baru di negara kita malah isu ini setiap hari kita boleh
lihat di akhbar-akhbar dan televisyen tentang masalah disiplin pelajar seperti
ponteng sekolah, merokok, buli, vandalisme, gangsterisme, mencederakan cikgu,
dan masalah-masalah lain yang semakin meningkat.
Menurut kamus dewan edisi kedua,
disiplin boleh didefinikan sebagai perlakuan untuk melatih seseorang
berkelakuan baik. Bagi pelajar yang tidak berdisiplin boleh dikatakan perlakuan
yang tidak baik yang dilakukan oleh seseorang.
Disiplin
berkait rapat dengan tatatertib, tatasusila, peradaban akhlak, kesopanan,
bersifat rasional, keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang megikut
peraturan yang diterima oleh masyarakat, negara dan agama.
Terdapat
beberapa punca berlakunya masalah disiplin pelajar antaranya berpunca dari diri
pelajar itu sendiri, kaedah pengajaran yang membosankan, keadaan kelas yang
tidak selesa, suasana sosioemosi yang kurang sihat, persekitaran sekolah, keluarga,
rakan sebaya, dan kemiskinan. Dan terdapat beberapa cara untuk menangani
masalah disiplin ini,
Pelajar atau
anak-anak ini umpama kain putih maka kitalah yang mencorakkan mereka menjadi
insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Corak yang bagus
melahirkan anak-anak yang bagus dan corak yang kurang baik melahirkan anak-anak
yang kurang baik. Maka, bersama-sama kita mencorakkan mereka agar mereka baik
akhlak dan berguna kepada semua.
PUNCA-PUNCA
Setiap apa
yang berlaku pasti ada punca atau faktor yang menyebabkan berlakunya sesuatu
keadaan atau masalah. Begitu juga pelajar yang bermasalah disiplin, ada
beberapa faktor penyebab mereka berkelakuan tidak normal. Antara penyebabnya
ialah kerana diri mereka sendiri, kaedah pengajaran yang membosankan, keadaan
kelas yang tidak selesa, suasana sosioemosi yang kurang sihat, persekitaran
sekolah, keluarga, rakan sebaya, dan kemiskinan.
Punca paling
utama masalah disiplin di sekolah ialah dari diri pelajar itu sendiri. Setiap personaliti
pelajar berbeza-beza, ada pelajar yang aktif dan pasif. Selalunya pelajar yang
sering melakukan masalah disiplin di sekolah adalah pelajar yang aktif dan
bersifat agresif. Mereka tidak suka dikongkong oleh peraturan sekolah yang
telah ditetap dan cenderung melanggar peraturan tersebut. Contohnya, mereka
tidak suka berpakaian kemas semasa di sekolah.
Selain itu,
masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada diri pelajar itu sendiri malah
keadah pengajaran yang tidak dapat menarik minat pelajar juga punca berlakunya
masalah ini. Pengajaran yang membosankan seperti penerangan satu hala yang
terlalu lama dan formal, pengajaran yang sukar difahami oleh pelajar dan ini
membuatkan pelajar rasa memberontak kerana bosan dengan pengajaran yang tidak
berkesan. Sebagai contohnya, kaedah pengajaran yang guru lakukan ialah dengan
membaca buku teks, menulis di papan hitam dan berkomunikasi satu hala sahaja.
Hal ini menyebabkan pelajar bosan terhadap pembelajaran dan pengajaran dan
ponteng kelas atau sekolah akan berlaku kerana pelajar ingin mencari
keseronokkan.
Disamping
itu juga, punca berlakunya masalah disiplin ini daripada suasana bilik darjah
atau kelas yang tidak selesa dan tidak teratur. Keadaan kelas yang panas dan
terlalu padat dengan bilangan pelajar menimbulakan rasa ketidakselesaan dan
mendorong mereka melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dengan peraturan
sekolah. Selain itu juga, kelas yang gelap dan pencahayaan yang kurang juga
menyebabkan pelajar rasa kurang berminat hendak belajar dan mudah rasa
mengantuk. Hal ini, pelajar akan kurang fokus pada pelajaran yang diajar oleh
guru. Sekiranya ketidakselesaan ini berlaku, mereka akan mencari sesuatu yang
menimbulkan rasa seronok dalam diri mereka. Ini menyebabkan mereka melakukan
kesalahan disiplin dan menimbulkan masalah di sekolah.
Selain itu,
pelajar yang kurang sihat dari segi sosioemosi mereka juga turut mendorong
mereka melakukan kesalahan disiplin ini.
Hal ini boleh dilihat jika terdapat guru yang bersifat autokratik dan
dominan akan menyebabkan pelajar berada dalam keadaan emosi yang tidak selesa
dan tertekan. Jika pelajar berasa tertekan mereka akan memberontak dan
melakukan kesalahn disiplin
Punca
seterusnya ialah keluarga. Ibubapa yang tidak memberikan kasih sayang yang
sepenuhnya terhadap anak mereka mendorong mereka melakukan masalah disiplin di
sekolah kerana sekolah merupakan tempat mereka melepaskan perasaan dan tekanan
yang mereka bawa daripada rumah. Kebanyakan ibu bapa bekerja dan kurang masa
untuk anak-anak meluahkan masalah yang mereka hadapi dan berkongsi pengalaman
mereka. Hal ini menyebabkan mereka lebih rapat dengan rakan sebaya dan jika
rakan sebaya adalah dari golongan yang bermasalah, mereka turut bermasalah juga
kerana remaja suka terikut-ikut dengan kelakuan rakan sebaya. Selain itu juga,
dalam institusi kekeluargaan ini, pelajar yang mempunyai masalah disiplin boleh
dikaitkan juga dengan kurangnya ajaran agama dalam diri mereka. Mereka akan
membuat masalah di sekolah dengan merosakan harta benda sekolah, berpakaian
tidak kemas, rambut panjang, buli dan sebagainya.
Seterusnya,
punca yang menimbulkan masalah ialah persekitaran sekolah. Persekitaran sekolah
yang sangat menekankan prestasi akademik semata-mata membuatkan pelajar berasa
jemu dan tertekan. Mereka merasakan sekolah adalah tempat yang memberi tekanan
bagi mereka dan tidak seronok untuk belajar. Selain itu juga, sturktur
organisasi pentadbiran sekolah juga mendorong pelajar langgar peraturan
sekolah. Hal ini disebabkan organisasi yang tidak kukuh menyebabkan pelajar
sewenang-wenangnya melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Contohnya, guru
tidak mengambil berat terhadap keperluan pelajar di sekolah kerana mereka menganggap
bahawa tugas mereka hanyalah mengajar semata-mata. Maka, pelajar akan mengambil
kesempatan terhadap perkara ini.
Demikian,
masalah disiplin ini sangat berkait rapat dengan rakan-rakan. Sering kita
lihat, pelajar yang melakukan masalah disiplin ini bukan berseorangan malah
mereka ada kumpulan mereka sendiri untuk melanggar peraturan sekolah. Maka,
pengaruh rakan sebaya sangat kuat bagi seseorang pelajar. Rakan sebaya yang
baik tingkah lakunya akan mengajak rakan-rakan lain ke arah kebaikan tetapi
rakan sebaya yang tidak baik tingkah lakunya akan mengajak rakan-rakannya ke
arah tingkah laku yang tidak baik juga.
Akhir sekali, punca daripada
kemiskinan. Pelajar yang melakukan masalah disiplin ini adalah berpunca
daripada tekanan hidup mereka iaitu kemiskinan. kemiskinan ini mendesak mereka
untuk mencuri, membuli, memeras ugut, ponteng sekolah untuk mencari kerja, dan
lain-lain. Selain itu, pelajar yang miskin ini juga sering diejek oleh
rakan-rakan yang lain dan menimbulkan rasa malu pada diri mereka, maka
tercetuslah pergaduhan dan disenaraikan sebagai pelajar yang bermasalah
disiplin. Hal ini, kita tidak dapat menyalahkan seratus peratus ke atas bahu
pelajar kerana punca-punca berlakunya masalah disiplin ini bukan kehendak
mereka tetapi faktor sekeliling mereka. Didikkan dan kasih sayang yang
secukupnya membolehkan pelajar berkelakuan baik.
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI
Guru
hendaklah memastikan pelajar memenuhi masa mereka di sekolah dengan tugasan
yang diberikan tetapi tugasan yang diberikan tersebut boleh menimbulkan rasa
keseronokan pada pelajar untuk mengulang kaji pelajaran tersebut. Contohnya,
tidak memberikan terlalu banyak kerja rumah dan menyediakan masa untuk pelajar
bertanya jika mereka tidak faham mengenai pelajaran yang diajar. Hal ini boleh
merapatkan jurang antara pelajar dan guru. Kesempatan ini juga, guru boleh
menggunakan kaedah perapatan terhadap muridnya agar pelajar yang bermasalah
dapat berkongsi masalah dan guru dapat memberi nasihat yang berguna kepada
pelajar tersebut.
Selain itu,
guru itu sendiri perlu mengubah cara pembelajaran dan pengajaran agar pelajar
tidak bosan dan jemu dengan cara pengajaran yang diajar. Cara pengajaran yang tidak
berkesan membuatkan pelajar tidak faham apa yang hendak guru itu sampaikan
kepada mereka. Guru haruslah menggunakan teknik perhubungan dua hala dlam sesi
bertanyakan soalan atau pelajar menerangkan topik yang diajar. Cara ini lebih
berkesan dan pelajar akan mudah faham apa yang guru hendak sampaikan. Selain
itu juga, kaedah pembelajaran dan pengajaran haruslah berbeza mengikut tahap
pencapaian akademik mereka. Bagi pelajar yang lemah dalam pelajaran, mereka
perlu diberi perhatian sepenuhnya dan teknik pengajaran yang mudah bagi mereka
fahami supaya mereka tidak rasa tersisih dan ketinggalan dalam pembelajaran.
Pengajaran untuk pelajar yang pandai, hendaklah menggunakan teknik yang
berlainan dengan pelajar yang lemah.
Selain itu
juga, pihak sekolah harus peka terhadap kemudahan dan infrakstruktur sekolah.
Keadaan sekolah yang tidak selesa ini menyebabkan pelajar tidak gemar untuk
belajar. Pihak sekolah perlu mengubah dan memperbaiki kemudahan yang ada untuk
keselesaan pelajar dalam menuntut ilmu. Contohnya, kipas angin dalam kelas yang
tidak dapat berfungsi. Hal ini menyebabkan pelajar tidak selesa dan juga guru.
Guru mengajar dalam keadaan panas dan kurang selesa untuk guru tersebut menyampaikan
ilmu kepada murid-murid dan murid-murid juga tidak selesa dan sukar menerima
ilmu yang diajar oleh guru berkenan kerana ketidakselesaan yang dihadapi.
Seterusnya,
keluarga adalah yang paling utama dalam membentuk peribadi dan tingkah laku
seseorang murid. Ibu bapa haruslah menitik beratkan didikan agama dalam diri
anak-anak agar anak-anak tidak mudah terjerumus kepada aktiviti yang tidak
sihat. Selain itu, berikanlah kasih sayang yang secukupnya dan luangkanlah masa
bersama anak-anak bagi mengetahui perkembangan mereka. Demikian, ibu bapa perlu
mengetahui siapa kawan kepada anak-anaknya, dan menasihati supaya anaknya tidak
berkawan dengan orang yang bertingkah
laku negatif.
Akhir
sekali, guru dan ibu bapa harus berganding bahu dalam menangani masalah
disiplin pelajar dan membentuk mereka menjadi manusia yang berguna kelak. Oleh
itu, guru dan ibu bapa sebaik-baiknya menumpukan pada kekuatan dan memahami
cara mengatasi masalah kelemahan-kelemahan yang ada pada pelajar. Tumpuan ini
penting kerana guru dan ibu bapa ada sebab supaya memberikan kata perangsang
kepada pelajar.
Bagi
membentuk sekolah yang cemerlang dan kurang masalah disiplin ini, organisasi
kepimpinan sekolah perlulah mantap dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Selain itu juga, guru haruslah menekankan persekitaran sekolah yang positif dan
dipenuhi nilai-nilai murni agar pelajar dalam keadaan yang tenang untuk
menuntut ilmu.
Semua pihak
harus berganding bahu untuk menangani masalah disiplin pelajar. Jika tidak
ditangani dengan segera, perkara ini akan lebih menjadi-jadi dan tidak
terkawal. Maka, tanganilah isu ini dengan segera dan jangan sekali-kali
menyisihkan pelajar kerana hal ini menyebabkan pelajar akan melanggar peraturan
sekolah kerana mereka ingin mendapatkan perhatian. Sama-sama kita berganding
bahu bagi menyelesaikan isu pelajar bermasalah disiplin.