LoVe . HapPiNeSs . FRiEnDshiP

LoVe . HapPiNeSs . FRiEnDshiP

Tuesday 25 December 2012

7 Kebaikan Menangis



1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.

Monday 24 December 2012

TEORI ROBERT HAVIGHURST


TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST



Biodata Tokoh

Nama sebenar bagi salah seorang tokoh teori perkembangan ialah Robert Havighurst. Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1900. Beliau pernah menerima ijazah Ph.D dalam bidang kimia pada tahun 1924 di Universiti Ohio. Robert Havighurst mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah beliau menjadi guru sains di Sekolah Tinggi dan Maktab Perguruan. Setelah beberapa tahun, pada tahun 1974 Robert Havighurst telah mendapat gelaran Profesor Emiritus in Development and Education dan berjaya menerbitkan buku hasil dari penulisan dan pengalaman beliau bertajuk “ Human Development and Education ” pada tahun 1953.

Konsep Teori

Robert Havighurst menyatakan bahawa faktor persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Beliau memfokuskan kepada keadaaan sekeliling atau persekitaran dimana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar yang akan memberi dan meninggalkan impak sama ada positif atau negatif bergantung kepada ibu bapa yang mendidika dan mengajar mereka. Menurut Robert Havighurst di dalam buku psikologi perkembangan halaman 19 - 25 menyatakan bahawa contoh persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet.

Perkembangan kanak-kanak dari segi faktor persekitaran seperti pemakanan, ianya bergantung kepada pemakanan yang diambil oleh ibu sewaktu mengandung. Jika pemakanan yang seimbang dan berzat dimakan oleh ibu sewaktu mengandung maka bayi dalam kandungan akan membesar dengan sempurna dan sihat tetapi jika sebaliknya, bayi mungkin akan mengidap pelbagai penyakit. Pemakanan yang seimbang dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak adalah berdasarkan piramid makanan.

Seterusnya,bagi faktor rakan sebaya pula. Robert menyatakan bahawa kanak-kanak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka contohnya, jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang manja, maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderong untuk menjadi manja dan inginkan belaian dan kasih saying dari ibunya. Ini terbukti bahawa faktor persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak.

Selain dari itu, faktor persekitaran seperti bahan bacaan. Bahan bacaan sangat penting kerana ianya akan memberi pengaruh yang besar kepada pembaca. Jika bahan yang dibaca berfaedah dan bermanfaat maka selamatlah kanak-kanak tersebut. Sebaliknya jika tidak, ianya akan mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak seperti berkemungkinan lambat bertutur dan sebagainya. Dari sini, kita sebagai ibu bapa dan guru perlulah sentiasa membimbing dan membantu kanak-kanak dalam membentuk peribadi mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara kelak. Menurut beliau, ibu bapa mahupun guru terutamanya perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan membantu kanak-kanak untuk berjaya.

Ini dibuktikan lagi dalam Teori Robert Havighurst menyatakan bahawa setiap individu perlu membesar dan berkembang dengan melalui sebanyak 10 peringkat yang bermula dari peringkat bayi sehinggalah ke peringkat tua seterusnya meninggal dunia. Beliau memberitahu bahawa, jika seseorang individu itu tidak dapat mencapai tugas-tugas dalam setiap peringkat, maka dia akan berasa sedih dan kecewa. Ini akan cenderong kepada perkembangan kanak-kanak tersebut menjadi lewat dan tidak setaraf dengan kanak-kanak normal. Maka untuk membanteras gejala ini dari berlaku, guru perlulah menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kanak-kanak seperti aktiviti dalam bentuk permainan mahupun lakonan. Hal ini dapat membentuk kreativiti kanak-kanak.

Beliau menyatakan bahawa tugas-tugas dalam perkembangan kanak-kanak hanya perlu dipelajari sekali sahaja seperti berjalan, berlari, perbezaan jantina dan sebagainya. Jadi ini dapat disimpulkan bahawa setiap perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak perlulah dengan relaan kanak-kanak itu sendiri, bukan dengan paksaan yang diberikan oleh ibu bapa kerana dengan paksaan akan membuatkan kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari sendiri dan akan memberi kesan yang dalam terhadap perkembangan mereka.

Peringkat - Peringkat Dan Cadangan Aktiviti

·         Peringkat pertama ( lahir – 2 tahun).

Pada peringkat ini, bayi menjalinkan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya. Sistem deria dan fungsi motor beransur-ansur matang. Pada tahap ini kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria dan memahami sifat objek. Sebagai contoh adik ketawa sebab suka. Cadangan aktiviti adalah aktiviti bersama keluarga Kanak-kanak pada peringkat ini masih tidak boleh berdikari dan memerlukan perhatian, pertolongan dan bimbingan daripada keluarga. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak mereka seperti membantu mereka makan, bermain bersama dan membantu anak-anak mandi dengan betul. Sebagai contoh ibu makan bersama anak sambil mengajar anak mereka makan. Dalam aktiviti ini,anak-anak akan dapat belajar makan melalui ibu dengan memerhati ibu makan disamping ibu mengajar anak itu makan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar kanak-kanak melalui cara anak itu menyuap makanan ke dalam mulut.

·         Peringkat kedua “ Toddlerhood” (2-3 tahun).

Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan yang pelbagai seperti turun naik tangga. Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi dengan bahasa mudah. Penglibatan mereka dalam permainan fantasi mula mengawal pergerakan diri. Sebagai contoh menjadikan pisang sebagai telefon dan roda atau pelampung sebagai stereng kereta. Ini mendorong kepada pembentukan daya imaginasi kanak-kanak. Cadangan aktiviti adalah bermain kereta mainan,lego atau blok. Dari sini, alat permainan mampu meningkatkan kemahiran motor halus mahupun kasar kanak-kanak.

·         Peringkat ketiga prasekolah (4 – 6 tahun ).

Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut jantina masing-masing .Misalnya kanak-kanak perempuan meniru peranan ibu seperti memasak, membasuh kain dan mengemas rumah. Kanak-kanak juga mula bermain dengan rakan di luar dan wujudnya perkembangan moral. Pada peringkat awal perkembangan moral, iaitu jika mereka jahat mereka akan didenda. Mereka mula bermain dalam kelompok atau kumpulan kanak-kanak yang lain. Cadangan aktiviti adalah melibatkan kanak-kanak dengan aktiviti seharian ibu bapa di rumah. Hal ini adalah bagi membantu perkembangan dan menambahkan pengetahuan mereka. Sebagai contoh, apabila ibu memasak anak akan datang membantu seperti membasuh sayur, mengupas bawang dan meramas santan .Melalui aktiviti ini,kemahiran motor halus dan kasar dapat ditingkatkan.

·         Peringkat keempat sekolah rendah ( 6 – 12 tahun ).

Kanak-kanak mula belajar bersahabat. Dari segi kognitif,kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit iaitu mula menguasai 3M seperti membaca, menulis dan mengeja. Pada peringkat ini,kemahiran permainan dan kognitif terbentuk kerana perkembangan fizikal dan dengan adanya galakkan daripada ibubapa. Kanak-kanak turut mengalami perkembangan kendiri yang positif seperti menjaga kesihatan. Cadangan aktiviti adalah digalakkan mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah seperti kelab, persatuan, unit beruniform dan permainan. Dari sini, mereka dapat bersosial apabila melibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum. Disamping itu, masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah sebagai contoh, mereka bermain bola sepak dengan rakan yang lain. Ini dapat mengembangkan kemahiran motor kasar mereka melalui tendangan bola yang dilakukan.

·         Peringkat kelima awal remaja ( 12 – 18 tahun ).

Pada tahap ini, remaja akan mencapai tahap kematangan fizikal seperti tinggi yang maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka berada pada peringkat operasi formal. Dari segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam diri remaja seperti ingin Berjaya dan mereka mampu untuk kawal emosi. Remaja pada peringkat ini akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik pada lain jantina. Cadangan aktiviti adalah melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih mencabar minda mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif . Terdapat pelbagai aktiviti yang berfaedah dan mencabar seperti reka bentuk,kesenian dan teknologi.Sebagai contoh melukis. Jadi, dari sini mereka boleh melukis sesuatu seperti potret yang nampak sama dengan gambar asal yang memerlukan dayay imaginasi yang kuat. Hal ini telah meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus mereka. Sekaligus dapat mengasah bakat yang mereka miliki.

·         Peringkat keenam akhir remaja (18 – 22 tahun).

Remaja cuba mempengaruhi otonomi daripada ibu bapa. Remaja mula membentuk identiti mengikut jantina iaitu lelaki atau perempuan.Melalui pergaulan sosial, remaja akan mematuhi nilai moral masyarakat. Pada peringkat ini juga,mereka mula memilih kerjaya yang sesuai dengan diri mereka.

·         Peringkat ketujuh awal dewasa ( 22 – 34 tahun ).

Pada peringkat ini,seseorang akan meneroka persahabatan intim yang berlainan jantina.Bagi pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak- anak.Selain itu,individu berusaha memantapkan profesion serta wujud kehidupan sendiri.

·         Peringkat kelapan pertengahan dewasa ( 34 – 60 tahun).

Peringkat ini, individu mempunyai berkemahiran dalam pekerjaan dan menjadi ketua. Seseorang individu yang berjaya mampu memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga, mengasihi keluarga dan mengumpul harta. Individu peringkat ini banyak terlibat dengan kerja amal.

·         Peringkat kesembilan akhir dewasa ( 60 – 75 tahun ).

Individu pada peringkat ini telah bersara dan lebih menumpukan masa kepada kerja-kerja amal dan ibadat. Individu turut menjalani kehidupan hari tua, mensyukuri nikmat dan takdir Allah. Selain itu,individu pada peringkat ini berfikir tentang perkara yang telah dilakukan semasa hidupnya.

·         Peringkat kesepuluh tua ( 75 tahun – meninggal dunia ).

Pada peringkat ini mereka mula menangani masalah kesihatan seperti osteoporosis, nyanyok dan menopause. Mereka turut mengenang zaman muda dan dewasa. Bagi individu yang berjaya mereka akan berasa puas hati dan tenang sambil menanti saat untuk meninggal dunia.

Friday 21 December 2012

Teori Bronfrenbenner


11.3 Teori Ekologi Bronfenbrenner
Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan  kanak-kanak tersebut. Menurut kajian. Perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Menurut beliau, pesekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu

Mikrosistem :
Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya ibubapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru.

Mesosistem :
Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan  mikrosistem yang lain. Misalnya, keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contohnya rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran.

Eksosistem :
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh  tempat  membeli-belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Makrosistem :
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam  sesetengah  masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

Kronosistem:
Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada  permainan-permainan  komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.





Thursday 20 December 2012

Rindu Anak Perantau :)

kenangan bersama..

Juz nak meluahkan rasa jer..rindu sangat2 dgn fmly..hihihihihi..xsabar nak balik kampung!!!!!!!!!!!!!!!
nak gaduh ng anak sedara..nk tlg makayah..jumpe abg kakak.. arrggh!! RINDU them sgt2!!!!!
kdg2 nangis sorg2 kt blik bile rindu diorg sume..sdih nyerrr.......hihiihihi..:)

Saturday 5 May 2012

Permainan Lompat Getah

PERMAINAN LOMPAT GETAH




SEJARAH PERMAINAN TRADISIONAL
Rakyat Malaysia kaya dnegan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud, dipelihara, dipulihkan dan juga diamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segar. Permainan tradisional ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis “Permainan Anjung dan Permainan Laman. Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Sebagai contoh permainan anjung adalah seperti batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala “Permainan Laman” terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan yang lebih luas kerana permainan seperti ini memerlukan pergerakan yang lebih lincah dan aktif berbanding “Permainan Anjung”.
Permainan getah merupakan permainan tradisional yang terkenal di zaman nenek moyang kita lagi. Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan dan lelaki ketika waktu petang. Permainan ini sangat mudah dan sesuai untuk kanak-kanak memainkannya. permainan ini dinamakan “lompat getah” kerana bahan yang digunakan getah halus berbelang. Alatan yang digunakan untuk menghasilkan alatan ini Ialah  getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supoaya tidak terburai ketika permainan berlangsung. Tempat permainan ini adalah di atas simen atau lantai  papan yang tidak berlubang. Permainan lompat getah juga disebut sebagai “zero Point” oleh segelintir masyarakat.

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN LOMPAT GETAH

            Permainan lompat getah ini dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak. Permainan ini menggunakan bahan seperti gelang getah yang disambung panjang dan diikat mati pada hujung sambungan getah tersebut. Permainan ini memerlukan 2 orang untuk memegang hujung getah di kiri dan di kanan dan pemain lain akan melihat pihak lawan bermain mengikut turutan. Jika pihak lawan kalah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan seperti tidak boleh menyentuh getah sewaktu bermain iaitu dari paras tapak kaki ke peha dan ketua tidak dapat menghidupkan anak-anak buahnya maka pihak lawan pula yang akan memegang getah tersebut dan seterusnya permainan ini dimainkan oleh mereka. Antara peraturan-peraturan permainan lompat getah adalah seperti berikut :-


PERATURAN PERMAINAN LOMPAT GETAH

Bil.
Peraturan-peraturan
1.
Untuk  menentukan ahli kumpulan, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan digunakan dan ketua kumpulan akan menggunakan kaedah ow som untuk menentukan kumpulan mana yang akan bermain dahulu. Jika tiga permain sahaja, kaedah ow som akan digunakan.
2.
Ketua akan memulakan permainan, diikuti anak-anak buahnya. Jika salah seorang anak buahnya melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk ketua akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain.
3.
Pada permulaan permainan ini, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point" atau "kosong game" (bagi orang kelantan). Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.
4.
Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa menyentuh getah dan diikuti oleh pemain lain dalam kumpulan yang sama.
5.
Seterusnya,getah dipegang pada paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Setiap lompatan, anggota badan tidak boleh menyentuh getah.
6.
Seterusnya ke paras pinggang. Pada paras ini pemain boleh melompat dengan menyentuh getah.
7.
Diikuti pada paras dada.
8.
Seterusnya ke paras telinga. Pada paras ini, pemain yang memegang getah perlu berhati-hati agar tidak cedera.
9.
Kemudian ke paras kepala.
10.
Seterusnya, getah sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan.
11.
Jika pemain melepasi setiap paras sebelum ini, seterusnya pemain akan bermain mengikut cara huruf z dan c pada paras pinggang.
12.
Seterusnya, setiap pemain akan melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang mati pada paras yang sebelum ini, pemain itu boleh dihidupkan kembali jika pemain lain tolong membuat satu lompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua-dua pasukan). Merupakan penamat kepada pusingan pertama permainan.


3.0       KESESUAIAN PERMAINAN LOMPAT GETAH DI LUAR BILIK DARJAH

Bagaimana permainan ini boleh disesuaikan untuk luar bilik darjah kanak-kanak pra-sekolah? Permainan lompat getah ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak pra-sekolah di luar bilik darjah. Teknik pengajaran dan pembelajaran  bukan setakat di dalam kelas sahaja tetapi perlu juga dilakukan di luar kelas bagi meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak. Aktiviti luar kelas memberi banyak peluang untuk kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal, penerokaan, penemuan dan pembelajaran. Hal ini dapat diperlihatkan dalam perkembangan motor halus dan motor kasar di mana dengan adanya keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan membolehkan kanak-kanak itu melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling optima dan dapat mengembang lagi kognitif mereka.
Permainan lompat getah ini yang dimainkan di luar kelas merupakan salah satu strategi yang boleh menyeronokan kanak-kanak. Dalam usaha untuk mengembangkan perkembangan kanak-kanak guru tidak seharusnya memikirkan pencapaian akademik kanak-kanak tanpa memikirkan  aspek perkembangan lain. Pada peringkat kanak-kanak, mereka lebih suka bermain kerana disitu mereka dapat belajar dan mengembangkan kognitif, emosi, dan fizikal mereka. Mereka tidak seharusnya dibebankan dengan aktiviti pembelajaran yang terlalu berat kerana ia dapat menghilangkan minat kanak-kanak untuk belajar. Untuk menarik minat kanak-kanak, guru perlu mengadakan aktiviti bermain di luar kelas seperti permainan lompat getah ini. Tugas-tugas untuk aktiviti ini memerlukan kepakaran guru untuk mengajar dan mengawasi kanak-kanak agar tidak ada kecederaan. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan perancangan yang teratur. Menurut pendapat Mc Cutcheon (1990) bahawa persediaan yang telah dirancang perlu dilaksanakan oleh guru dengan sempurna dan teratur.
Mengikut Vygotsky (1967), main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Sturktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Permainan lompat getah ini dapat mengembangkan perkembangan fizikal kanak-kanak melalui aktiviti di luar kelas dengan menggunakan alat permainan iaitu gelang getah yang telah disambung. Permainan ini memerlukan pergerakan lokomotor kreatif.


4.0       PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SECARA HOLISTIK

Apakah manfaat disebalik penerimaan yang dipilih bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik? Manfaat yang diperolehi adalah kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan mereka secara holistik iaitu dari aspek fizikal, sosial, emosi, dan kognitif.

4.1       Perkembangan dari aspek fizikal
            Perkembangan fizikal merupakan aspek asas yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut “Kurikulum Prasekolah Kebangsaan” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) perkembangan fizikal kank-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu, kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan pasikomotor. Aspek fizikal juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Menurut Gallahue (1993) pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini sangat penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka.
            Tiga kategori asas tersebut ialah kesimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manupulasi (manipulation). Dari segi kesimbangan merujuk kepada kebolehan kanank-kanak mengekalkan keduudkan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manupulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung objek dipersekitarannya.Suatu proses perkembangan juga melibatkan interkasi antara kematangn kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model perlaihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman.
            Perkembangan fizikal membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran. Kanak-kanak dapat membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini dan kanak-kanak dapat mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat. Selain itu, permainan ini dapat membina minda yang sihat dan cerdas kanak-kanak.

4.2       Perkembangan dari aspek sosial
           Perkembangan dari aspek sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain dengan mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarkat serta budaya. Perkembangan sosial ini melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuain sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembagan ini dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembagan kognisi sosial, persahabtan dan perhubungan dengan rakan sebaya.

4.3       Perkembangan dari aspek emosi
        Menurut The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Oleh itu, emosi merupakan salah satu cirri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi. Menurut Ibrahim Mamat pada tahun 1997, beliau menyatakan bahawa emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh seseorang dalam tidak balasnya terhadap sesuatu ransangan. Namun begitu, keadaan adakalanya berbentuk negatif seperti riang, gembira, seronok dan kasih dan adakalanya ia berbentuk negative seperti sedih, marah benci dan dendam.
            Perkembangan emosi kanak-kanak berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat  emosi idea dan peringkat emosi pemikiran. Melalui emosi idea menggambarkan emosi berada di peringkat permulaan. Seseorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan, namun begitu kanak-kanak sukar untuk menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasan tersebut. Menurut (Azleena dan Zainal, 2004) emosi disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal.
            Emosi pemikiran pula akan berkembang ke peringkat yang seterusnya iaitu apabila seseorang itu mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman yang dilihat oleh seseorang, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi. Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam memori yang akan digunakan dalam proses pemikiran ( Azleena & Zainal, 2004). Kebolehan di dalam memahami emosi dan punca semakin meningkat pada peringkat awal kanak-kanak. Pengawalan emosi kanak-kanak mula meningkat termasuklah kemampuannya untuk menerima kekecewaan serta menjadi sesorang yang fleksibel dalam mengawal emosi dan dorongan. Pada peringkat empati pula kanak-kanak yang bertindak  dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang yang tengah bersedih ( Eisenberg & Fabes, 1998). Perkembangan ini bergantung pada perkembangan intelektual dan bahasa dan disokong oleh personaliti dan pengalaman sosial mereka.

4.4       Perkembangan dari aspek kognitif
            Perkembangan kognitif pula merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan menigingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Perkembangan kognitif sebagai proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual. Proses ini berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat kepada peringkat perkembangan seterusnya.
  
5.0       KESIMPULAN
Konklusinya, permainan tradisional amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak kerana ianya dapat memperkembangkan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak secara optima. Lompat getah ini mencabar pergerakan psikomotor melompat kanak-kanak dimana kanak-kanak perlu mencari “skill” untuk melepasi setiap cabaran yang ditetapkan iaitu bermula daripada cabaran yang mudah hingga ke paras sukar. Dari segi emosi pula, kanak-kanak perlu mengawal emosi mereka agar mereka dapat bermain dengan baik manakala dari segi sosial pula, kanak-kanak dapat bersosial dan mendapat ramai kawan-kawan sepermainan. Akhir sekali, kanak dapat meningkatkan kognitif dimana permainan ini membolehkan kanak-kanak berfikir apakah cara yang sesuai untuk melepasi setiap peringkat permainan lompat getah ini. Demikian, permainan tradisional membolehkan perkembangan kanak-kanak secara holistik.


BOLLYWOOD PAKK :-)

ehem2..hanie n gya..ooii gya..sempat gak senyum erhh..:-)

nie kumpulan kami, kena persembahkan tarian bollywood


nie plak, makcik Yana..oppssz! 

nie plak makcik Ili, kelas kau jahhhhh,,,,

yg ni xleh nk kata ape2 lagi la dh kalo makcik gya tsenyum..:-)

aikk..sape lak nie..hehhehehe..

nie cek xtau, heroin bollywood ka pari-pari..
hehehehe..ni makcik ina..

hehehhe..kontrol ayu, jgn xkontrol..:-)


kumpulan kami bersama dengan Pn. Norly Jamil, bergambar kenangan..

Nie hero bollywood kami..:-)
abe long..

hani ng penari zapin Azizul Rahman..:-)


penari kipas, tarian diorang paling baik malam persembahan,
hani n kak ayu :-)

Friday 24 February 2012

TEATER MAYAT UPSI SEM 1 2011/2012

SINOPSIS TEATER MAYAT

‘’Mayat’’ merupakan sebuah drama sebabak yang menceritakan tentang bagaimana empat orang sahabat yang menghadapi dilema. Dilema yang dialami oleh mereka melibatkan moral dan sosial kerana mereka tidak dapat mengebumikan sahabat mereka yang baru meninggal dunia. Gejala ini timbul kerana tiada lagi tanah perkuburan yang kosong. Kemudian datang orang luar dan berbincang dengan empat orang sahabat untuk membeli mayat itu. Empat sahabat tersebut sangat terkejut kerana mereka tidak pernah menjangka untuk menjual mayat sahabat mereka sendiri bagi mendapatkan keuntungan. Orang luar menerangkan dengan panjang lebar bahawa dia hanyalah seorang ahli perniagaan yang didesak oleh tanggungjawab sosial dan sikap kemanusiaan untuk menolong masyarakat. Hal ini wujud akibat daripada permintaan masyarakat untuk mendapatkan anggota dan organ bagi meneruskan hidup. Dia juga menyatakan bahawa dia tidak didesak oleh keuntungan semata-mata. Dalam pada itu, empat orang sahabat membuat keputusan untuk menjual sahabat mereka tetapi malangnya mereka baru sedar bahawa mayat sahabat mereka sudah tiada di tempat itu lagi.

Gambor2 geng kmi.....
MAYAT bawak geng daa...:-)

hahahha..mayat dgn geng die pn nk wat konsert..!




Mayat senyumm..smileeeeee~~


nie yg aku rse lawak..ade ker mayat bwk org..ha3!!

nie pn same..xpernah dbuat hantu bwk org naik moto..

SERAMM WoOOo~~
ehem3..bz jer memanjang..cehh..uuhuhuhu..


teater mayat berlangsung di panggung budaya UPSI..






wonderpet 1,2,3,4 n saudagar mayat..

aku n geng2 Aceh,Indonesia..


AAarrRRggGGhHH..!!


bez nyer time nie.............wlaupun bz,tp puas bile teater nie bjaya..:-)
syabas kpd kwn2 yg mjayakan teater nie.....