LoVe . HapPiNeSs . FRiEnDshiP

LoVe . HapPiNeSs . FRiEnDshiP

Friday 21 December 2012

Teori Bronfrenbenner


11.3 Teori Ekologi Bronfenbrenner
Beliau menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan  kanak-kanak tersebut. Menurut kajian. Perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Menurut beliau, pesekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu

Mikrosistem :
Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contohnya ibubapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru.

Mesosistem :
Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan  mikrosistem yang lain. Misalnya, keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contohnya rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran.

Eksosistem :
Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh  tempat  membeli-belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

Makrosistem :
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam  sesetengah  masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

Kronosistem:
Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada  permainan-permainan  komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.





No comments:

Post a Comment