TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHURST
Biodata Tokoh
Nama sebenar bagi salah seorang tokoh teori perkembangan ialah
Robert Havighurst. Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1900. Beliau pernah menerima
ijazah Ph.D dalam bidang kimia pada tahun 1924 di Universiti Ohio. Robert Havighurst
mengkaji perkembangan remaja dan proses pendidikan setelah beliau menjadi guru
sains di Sekolah Tinggi dan Maktab Perguruan. Setelah beberapa tahun, pada
tahun 1974 Robert Havighurst telah mendapat gelaran Profesor Emiritus in
Development and Education dan berjaya menerbitkan buku hasil dari penulisan dan
pengalaman beliau bertajuk “ Human Development and Education ” pada tahun 1953.
Konsep Teori
Robert Havighurst menyatakan bahawa faktor persekitaran
boleh mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini penting dalam
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Beliau memfokuskan kepada keadaaan
sekeliling atau persekitaran dimana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar
yang akan memberi dan meninggalkan impak sama ada positif atau negatif
bergantung kepada ibu bapa yang mendidika dan mengajar mereka. Menurut Robert
Havighurst di dalam buku psikologi perkembangan halaman 19 - 25 menyatakan
bahawa contoh persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak dapat dilihat dari
segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan internet.
Perkembangan kanak-kanak dari segi faktor persekitaran
seperti pemakanan, ianya bergantung kepada pemakanan yang diambil oleh ibu sewaktu
mengandung. Jika pemakanan yang seimbang dan berzat dimakan oleh ibu sewaktu
mengandung maka bayi dalam kandungan akan membesar dengan sempurna dan sihat
tetapi jika sebaliknya, bayi mungkin akan mengidap pelbagai penyakit. Pemakanan
yang seimbang dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak adalah berdasarkan
piramid makanan.
Seterusnya,bagi faktor rakan sebaya pula. Robert
menyatakan bahawa kanak-kanak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya mereka
contohnya, jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan rakan yang manja,
maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderong untuk menjadi manja dan
inginkan belaian dan kasih saying dari ibunya. Ini terbukti bahawa faktor
persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan seseorang
kanak-kanak.
Selain dari itu, faktor persekitaran seperti bahan
bacaan. Bahan bacaan sangat penting kerana ianya akan memberi pengaruh yang
besar kepada pembaca. Jika bahan yang dibaca berfaedah dan bermanfaat maka
selamatlah kanak-kanak tersebut. Sebaliknya jika tidak, ianya akan mempengaruhi
perkembangan seseorang kanak-kanak seperti berkemungkinan lambat bertutur dan
sebagainya. Dari sini, kita sebagai ibu bapa dan guru perlulah sentiasa
membimbing dan membantu kanak-kanak dalam membentuk peribadi mereka supaya
menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara kelak. Menurut
beliau, ibu bapa mahupun guru terutamanya perlulah menyediakan persekitaran
yang kondusif dan selamat untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan
membantu kanak-kanak untuk berjaya.
Ini dibuktikan lagi dalam Teori Robert Havighurst
menyatakan bahawa setiap individu perlu membesar dan berkembang dengan melalui
sebanyak 10 peringkat yang bermula dari peringkat bayi sehinggalah ke peringkat
tua seterusnya meninggal dunia. Beliau memberitahu bahawa, jika seseorang
individu itu tidak dapat mencapai tugas-tugas dalam setiap peringkat, maka dia
akan berasa sedih dan kecewa. Ini akan cenderong kepada perkembangan
kanak-kanak tersebut menjadi lewat dan tidak setaraf dengan kanak-kanak normal.
Maka untuk membanteras gejala ini dari berlaku, guru perlulah menyediakan
aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kanak-kanak seperti aktiviti dalam
bentuk permainan mahupun lakonan. Hal ini dapat membentuk kreativiti
kanak-kanak.
Beliau menyatakan bahawa tugas-tugas dalam perkembangan
kanak-kanak hanya perlu dipelajari sekali sahaja seperti berjalan, berlari,
perbezaan jantina dan sebagainya. Jadi ini dapat disimpulkan bahawa setiap
perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak perlulah dengan relaan kanak-kanak
itu sendiri, bukan dengan paksaan yang diberikan oleh ibu bapa kerana dengan
paksaan akan membuatkan kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari sendiri
dan akan memberi kesan yang dalam terhadap perkembangan mereka.
Peringkat - Peringkat Dan Cadangan Aktiviti
·
Peringkat pertama ( lahir – 2 tahun).
Pada peringkat ini, bayi menjalinkan kasih sayang dengan
ibu bapa, adik beradik dan pengasuhnya. Sistem deria dan fungsi motor
beransur-ansur matang. Pada tahap ini kanak-kanak sepatutnya mencapai
kecerdasan deria dan memahami sifat objek. Sebagai contoh adik ketawa sebab
suka. Cadangan aktiviti adalah aktiviti bersama keluarga Kanak-kanak pada
peringkat ini masih tidak boleh berdikari dan memerlukan perhatian, pertolongan
dan bimbingan daripada keluarga. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh
dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak mereka seperti membantu mereka makan,
bermain bersama dan membantu anak-anak mandi dengan betul. Sebagai contoh ibu
makan bersama anak sambil mengajar anak mereka makan. Dalam aktiviti
ini,anak-anak akan dapat belajar makan melalui ibu dengan memerhati ibu makan
disamping ibu mengajar anak itu makan. Aktiviti ini dapat meningkatkan
kemahiran motor kasar kanak-kanak melalui cara anak itu menyuap makanan ke
dalam mulut.
·
Peringkat kedua “ Toddlerhood” (2-3 tahun).
Kanak-kanak boleh melakukan pergerakan yang pelbagai
seperti turun naik tangga. Kanak-kanak juga boleh berkomunikasi dengan bahasa
mudah. Penglibatan mereka dalam permainan fantasi mula mengawal pergerakan
diri. Sebagai contoh menjadikan pisang sebagai telefon dan roda atau pelampung
sebagai stereng kereta. Ini mendorong kepada pembentukan daya imaginasi
kanak-kanak. Cadangan aktiviti adalah bermain kereta mainan,lego atau blok.
Dari sini, alat permainan mampu meningkatkan kemahiran motor halus mahupun
kasar kanak-kanak.
·
Peringkat ketiga prasekolah (4 – 6 tahun ).
Kanak-kanak mula belajar peranan mengikut jantina
masing-masing .Misalnya kanak-kanak perempuan meniru peranan ibu seperti memasak,
membasuh kain dan mengemas rumah. Kanak-kanak juga mula bermain dengan rakan di
luar dan wujudnya perkembangan moral. Pada peringkat awal perkembangan moral,
iaitu jika mereka jahat mereka akan didenda. Mereka mula bermain dalam kelompok
atau kumpulan kanak-kanak yang lain. Cadangan aktiviti adalah melibatkan
kanak-kanak dengan aktiviti seharian ibu bapa di rumah. Hal ini adalah bagi
membantu perkembangan dan menambahkan pengetahuan mereka. Sebagai contoh,
apabila ibu memasak anak akan datang membantu seperti membasuh sayur, mengupas
bawang dan meramas santan .Melalui aktiviti ini,kemahiran motor halus dan kasar
dapat ditingkatkan.
·
Peringkat keempat sekolah rendah ( 6 – 12 tahun ).
Kanak-kanak mula belajar bersahabat. Dari segi
kognitif,kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit iaitu mula menguasai
3M seperti membaca, menulis dan mengeja. Pada peringkat ini,kemahiran permainan
dan kognitif terbentuk kerana perkembangan fizikal dan dengan adanya galakkan
daripada ibubapa. Kanak-kanak turut mengalami perkembangan kendiri yang positif
seperti menjaga kesihatan. Cadangan aktiviti adalah digalakkan mengikuti
aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah seperti kelab, persatuan, unit
beruniform dan permainan. Dari sini, mereka dapat bersosial apabila melibatkan
diri dengan aktiviti ko-kurikulum. Disamping itu, masa yang terluang dapat
diisi dengan aktiviti yang berfaedah sebagai contoh, mereka bermain bola sepak
dengan rakan yang lain. Ini dapat mengembangkan kemahiran motor kasar mereka
melalui tendangan bola yang dilakukan.
·
Peringkat kelima awal remaja ( 12 – 18 tahun ).
Pada tahap ini, remaja akan mencapai tahap kematangan
fizikal seperti tinggi yang maksimum. Dari segi kognitif pula, mereka berada
pada peringkat operasi formal. Dari segi emosi, wujudnya berbagai emosi dalam
diri remaja seperti ingin Berjaya dan mereka mampu untuk kawal emosi. Remaja
pada peringkat ini akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik pada
lain jantina. Cadangan aktiviti adalah melibatkan diri dalam aktiviti yang
lebih mencabar minda mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif
. Terdapat pelbagai aktiviti yang berfaedah dan mencabar seperti reka
bentuk,kesenian dan teknologi.Sebagai contoh melukis. Jadi, dari sini mereka
boleh melukis sesuatu seperti potret yang nampak sama dengan gambar asal yang
memerlukan dayay imaginasi yang kuat. Hal ini telah meningkatkan kemahiran
motor kasar dan motor halus mereka. Sekaligus dapat mengasah bakat yang mereka
miliki.
·
Peringkat keenam akhir remaja (18 – 22 tahun).
Remaja cuba mempengaruhi otonomi daripada ibu bapa.
Remaja mula membentuk identiti mengikut jantina iaitu lelaki atau
perempuan.Melalui pergaulan sosial, remaja akan mematuhi nilai moral
masyarakat. Pada peringkat ini juga,mereka mula memilih kerjaya yang sesuai
dengan diri mereka.
·
Peringkat ketujuh awal dewasa ( 22 – 34 tahun ).
Pada peringkat ini,seseorang akan meneroka persahabatan
intim yang berlainan jantina.Bagi pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh
dan mendidik anak- anak.Selain itu,individu berusaha memantapkan profesion
serta wujud kehidupan sendiri.
·
Peringkat kelapan pertengahan dewasa ( 34 – 60 tahun).
Peringkat ini, individu mempunyai berkemahiran dalam
pekerjaan dan menjadi ketua. Seseorang individu yang berjaya mampu memupuk
kebahagiaan dalam rumahtangga, mengasihi keluarga dan mengumpul harta. Individu
peringkat ini banyak terlibat dengan kerja amal.
·
Peringkat kesembilan akhir dewasa ( 60 – 75 tahun ).
Individu pada peringkat ini telah bersara dan lebih
menumpukan masa kepada kerja-kerja amal dan ibadat. Individu turut menjalani
kehidupan hari tua, mensyukuri nikmat dan takdir Allah. Selain itu,individu
pada peringkat ini berfikir tentang perkara yang telah dilakukan semasa
hidupnya.
·
Peringkat kesepuluh tua ( 75 tahun – meninggal dunia ).
Pada peringkat ini mereka mula menangani masalah
kesihatan seperti osteoporosis, nyanyok dan menopause. Mereka turut mengenang
zaman muda dan dewasa. Bagi individu yang berjaya mereka akan berasa puas hati
dan tenang sambil menanti saat untuk meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment