LoVe . HapPiNeSs . FRiEnDshiP

LoVe . HapPiNeSs . FRiEnDshiP

Saturday, 5 May 2012

Permainan Lompat Getah

PERMAINAN LOMPAT GETAH




SEJARAH PERMAINAN TRADISIONAL
Rakyat Malaysia kaya dnegan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud, dipelihara, dipulihkan dan juga diamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segar. Permainan tradisional ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis “Permainan Anjung dan Permainan Laman. Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Sebagai contoh permainan anjung adalah seperti batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala “Permainan Laman” terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan yang lebih luas kerana permainan seperti ini memerlukan pergerakan yang lebih lincah dan aktif berbanding “Permainan Anjung”.
Permainan getah merupakan permainan tradisional yang terkenal di zaman nenek moyang kita lagi. Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan dan lelaki ketika waktu petang. Permainan ini sangat mudah dan sesuai untuk kanak-kanak memainkannya. permainan ini dinamakan “lompat getah” kerana bahan yang digunakan getah halus berbelang. Alatan yang digunakan untuk menghasilkan alatan ini Ialah  getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supoaya tidak terburai ketika permainan berlangsung. Tempat permainan ini adalah di atas simen atau lantai  papan yang tidak berlubang. Permainan lompat getah juga disebut sebagai “zero Point” oleh segelintir masyarakat.

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN LOMPAT GETAH

            Permainan lompat getah ini dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak. Permainan ini menggunakan bahan seperti gelang getah yang disambung panjang dan diikat mati pada hujung sambungan getah tersebut. Permainan ini memerlukan 2 orang untuk memegang hujung getah di kiri dan di kanan dan pemain lain akan melihat pihak lawan bermain mengikut turutan. Jika pihak lawan kalah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan seperti tidak boleh menyentuh getah sewaktu bermain iaitu dari paras tapak kaki ke peha dan ketua tidak dapat menghidupkan anak-anak buahnya maka pihak lawan pula yang akan memegang getah tersebut dan seterusnya permainan ini dimainkan oleh mereka. Antara peraturan-peraturan permainan lompat getah adalah seperti berikut :-


PERATURAN PERMAINAN LOMPAT GETAH

Bil.
Peraturan-peraturan
1.
Untuk  menentukan ahli kumpulan, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan digunakan dan ketua kumpulan akan menggunakan kaedah ow som untuk menentukan kumpulan mana yang akan bermain dahulu. Jika tiga permain sahaja, kaedah ow som akan digunakan.
2.
Ketua akan memulakan permainan, diikuti anak-anak buahnya. Jika salah seorang anak buahnya melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk ketua akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain.
3.
Pada permulaan permainan ini, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point" atau "kosong game" (bagi orang kelantan). Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.
4.
Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa menyentuh getah dan diikuti oleh pemain lain dalam kumpulan yang sama.
5.
Seterusnya,getah dipegang pada paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Setiap lompatan, anggota badan tidak boleh menyentuh getah.
6.
Seterusnya ke paras pinggang. Pada paras ini pemain boleh melompat dengan menyentuh getah.
7.
Diikuti pada paras dada.
8.
Seterusnya ke paras telinga. Pada paras ini, pemain yang memegang getah perlu berhati-hati agar tidak cedera.
9.
Kemudian ke paras kepala.
10.
Seterusnya, getah sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan.
11.
Jika pemain melepasi setiap paras sebelum ini, seterusnya pemain akan bermain mengikut cara huruf z dan c pada paras pinggang.
12.
Seterusnya, setiap pemain akan melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang mati pada paras yang sebelum ini, pemain itu boleh dihidupkan kembali jika pemain lain tolong membuat satu lompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua-dua pasukan). Merupakan penamat kepada pusingan pertama permainan.


3.0       KESESUAIAN PERMAINAN LOMPAT GETAH DI LUAR BILIK DARJAH

Bagaimana permainan ini boleh disesuaikan untuk luar bilik darjah kanak-kanak pra-sekolah? Permainan lompat getah ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak pra-sekolah di luar bilik darjah. Teknik pengajaran dan pembelajaran  bukan setakat di dalam kelas sahaja tetapi perlu juga dilakukan di luar kelas bagi meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak. Aktiviti luar kelas memberi banyak peluang untuk kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal, penerokaan, penemuan dan pembelajaran. Hal ini dapat diperlihatkan dalam perkembangan motor halus dan motor kasar di mana dengan adanya keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan membolehkan kanak-kanak itu melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling optima dan dapat mengembang lagi kognitif mereka.
Permainan lompat getah ini yang dimainkan di luar kelas merupakan salah satu strategi yang boleh menyeronokan kanak-kanak. Dalam usaha untuk mengembangkan perkembangan kanak-kanak guru tidak seharusnya memikirkan pencapaian akademik kanak-kanak tanpa memikirkan  aspek perkembangan lain. Pada peringkat kanak-kanak, mereka lebih suka bermain kerana disitu mereka dapat belajar dan mengembangkan kognitif, emosi, dan fizikal mereka. Mereka tidak seharusnya dibebankan dengan aktiviti pembelajaran yang terlalu berat kerana ia dapat menghilangkan minat kanak-kanak untuk belajar. Untuk menarik minat kanak-kanak, guru perlu mengadakan aktiviti bermain di luar kelas seperti permainan lompat getah ini. Tugas-tugas untuk aktiviti ini memerlukan kepakaran guru untuk mengajar dan mengawasi kanak-kanak agar tidak ada kecederaan. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan perancangan yang teratur. Menurut pendapat Mc Cutcheon (1990) bahawa persediaan yang telah dirancang perlu dilaksanakan oleh guru dengan sempurna dan teratur.
Mengikut Vygotsky (1967), main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Sturktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Permainan lompat getah ini dapat mengembangkan perkembangan fizikal kanak-kanak melalui aktiviti di luar kelas dengan menggunakan alat permainan iaitu gelang getah yang telah disambung. Permainan ini memerlukan pergerakan lokomotor kreatif.


4.0       PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SECARA HOLISTIK

Apakah manfaat disebalik penerimaan yang dipilih bagi meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara holistik? Manfaat yang diperolehi adalah kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan mereka secara holistik iaitu dari aspek fizikal, sosial, emosi, dan kognitif.

4.1       Perkembangan dari aspek fizikal
            Perkembangan fizikal merupakan aspek asas yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut “Kurikulum Prasekolah Kebangsaan” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) perkembangan fizikal kank-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu, kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan pasikomotor. Aspek fizikal juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Menurut Gallahue (1993) pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini sangat penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka.
            Tiga kategori asas tersebut ialah kesimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manupulasi (manipulation). Dari segi kesimbangan merujuk kepada kebolehan kanank-kanak mengekalkan keduudkan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manupulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung objek dipersekitarannya.Suatu proses perkembangan juga melibatkan interkasi antara kematangn kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model perlaihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman.
            Perkembangan fizikal membolehkan kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran. Kanak-kanak dapat membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini dan kanak-kanak dapat mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat. Selain itu, permainan ini dapat membina minda yang sihat dan cerdas kanak-kanak.

4.2       Perkembangan dari aspek sosial
           Perkembangan dari aspek sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain dengan mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarkat serta budaya. Perkembangan sosial ini melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuain sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembagan ini dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembagan kognisi sosial, persahabtan dan perhubungan dengan rakan sebaya.

4.3       Perkembangan dari aspek emosi
        Menurut The Oxford Dictionary of Current English (1986) menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Oleh itu, emosi merupakan salah satu cirri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi. Menurut Ibrahim Mamat pada tahun 1997, beliau menyatakan bahawa emosi ialah perasaan jiwa yang kuat yang dialami oleh seseorang dalam tidak balasnya terhadap sesuatu ransangan. Namun begitu, keadaan adakalanya berbentuk negatif seperti riang, gembira, seronok dan kasih dan adakalanya ia berbentuk negative seperti sedih, marah benci dan dendam.
            Perkembangan emosi kanak-kanak berlaku dalam dua peringkat iaitu peringkat  emosi idea dan peringkat emosi pemikiran. Melalui emosi idea menggambarkan emosi berada di peringkat permulaan. Seseorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan, namun begitu kanak-kanak sukar untuk menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasan tersebut. Menurut (Azleena dan Zainal, 2004) emosi disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal.
            Emosi pemikiran pula akan berkembang ke peringkat yang seterusnya iaitu apabila seseorang itu mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman yang dilihat oleh seseorang, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi. Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam memori yang akan digunakan dalam proses pemikiran ( Azleena & Zainal, 2004). Kebolehan di dalam memahami emosi dan punca semakin meningkat pada peringkat awal kanak-kanak. Pengawalan emosi kanak-kanak mula meningkat termasuklah kemampuannya untuk menerima kekecewaan serta menjadi sesorang yang fleksibel dalam mengawal emosi dan dorongan. Pada peringkat empati pula kanak-kanak yang bertindak  dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang yang tengah bersedih ( Eisenberg & Fabes, 1998). Perkembangan ini bergantung pada perkembangan intelektual dan bahasa dan disokong oleh personaliti dan pengalaman sosial mereka.

4.4       Perkembangan dari aspek kognitif
            Perkembangan kognitif pula merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan menigingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Perkembangan kognitif sebagai proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual. Proses ini berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat kepada peringkat perkembangan seterusnya.
  
5.0       KESIMPULAN
Konklusinya, permainan tradisional amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak kerana ianya dapat memperkembangkan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak secara optima. Lompat getah ini mencabar pergerakan psikomotor melompat kanak-kanak dimana kanak-kanak perlu mencari “skill” untuk melepasi setiap cabaran yang ditetapkan iaitu bermula daripada cabaran yang mudah hingga ke paras sukar. Dari segi emosi pula, kanak-kanak perlu mengawal emosi mereka agar mereka dapat bermain dengan baik manakala dari segi sosial pula, kanak-kanak dapat bersosial dan mendapat ramai kawan-kawan sepermainan. Akhir sekali, kanak dapat meningkatkan kognitif dimana permainan ini membolehkan kanak-kanak berfikir apakah cara yang sesuai untuk melepasi setiap peringkat permainan lompat getah ini. Demikian, permainan tradisional membolehkan perkembangan kanak-kanak secara holistik.


BOLLYWOOD PAKK :-)

ehem2..hanie n gya..ooii gya..sempat gak senyum erhh..:-)

nie kumpulan kami, kena persembahkan tarian bollywood


nie plak, makcik Yana..oppssz! 

nie plak makcik Ili, kelas kau jahhhhh,,,,

yg ni xleh nk kata ape2 lagi la dh kalo makcik gya tsenyum..:-)

aikk..sape lak nie..hehhehehe..

nie cek xtau, heroin bollywood ka pari-pari..
hehehehe..ni makcik ina..

hehehhe..kontrol ayu, jgn xkontrol..:-)


kumpulan kami bersama dengan Pn. Norly Jamil, bergambar kenangan..

Nie hero bollywood kami..:-)
abe long..

hani ng penari zapin Azizul Rahman..:-)


penari kipas, tarian diorang paling baik malam persembahan,
hani n kak ayu :-)